Ramah Tamah Aidilfitri USK Igan Semarakkan Sambutan Saudara Baru Islam
IGAN: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Urusetia Saudara Kita (USK) Daerah Kecil Igan menyemarakkan sambutan Hari Raya dalam kalangan Saudara Baru Islam apabila berlangsung dalam suasana meriah di Dewan Masyarakat Igan, pada Khamis.
Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi telah menyempurnakan majlis tersebut yang menghimpunkan Saudara Baru Islam bersama masyarakat setempat
Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan terhadap peranan USK dalam membimbing serta menyantuni Saudara Baru Islam, sekali gus memperkukuh jalinan komuniti di kawasan itu.
Beliau turut menekankan bahawa Aidilfitri merupakan platform terbaik untuk merapatkan hubungan silaturahim dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.-EDISI UKAS