TYT Sarawak Serta Isteri Ziarah Aidilfitri Ke Kediaman Temenggong Abang Mohamed
MIRI: Memasuki hari ketujuh Syawal, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkenan mengunjungi kediaman Temenggong Abang Mohamed Abang Othman di Jalan Kampung Luak Miri, pada Jumaat.
Kunjungan tersebut berlangsung dalam suasana penuh mesra bersama tuan rumah, Temenggong Abang Mohamed serta isteri, Hairiah Abet.
Ziarah Aidilfitri tersebut turut disertai oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Menteri Pengiring Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama isteri, Datin Sri Zuraini Abdul Jaabar serta Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin bersama isteri, Datin Sri Wong Siew Siong.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew serta ADUN Pujut Adam Yii Siew Sang.-EDISI UKAS