LUBOK ANTU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu memperkukuh semangat patriotisme, disiplin dan integriti dalam kalangan warganya menerusi Program Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara di Dewan Besar IPD Lubok Antu, baru-baru ini.
Program tersebut disertai Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Pricha Azin bersama 77 pegawai dan anggota melibatkan Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP) serta Pegawai Awam Polis (PAP).
Sepanjang program, peserta menyanyikan lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Sang Saka Biru, diikuti bacaan doa serta lafaz Ikrar Rukun Negara sebelum diakhiri dengan lagu Polis Sedia Berkhidmat.
Inisiatif ini bertujuan menyemai nilai patriotisme, memperkukuh jati diri dan memantapkan integriti warga IPD Lubok Antu agar terus komited melaksanakan amanah serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.-EDISI UKAS