Kuching Car Free Morning Kembali Semarak Hujung Minggu Warga Bandaraya
KUCHING: Program Kuching Car Free Morning anjuran kembali menghidupkan suasana hujung minggu warga bandaraya selepas berehat sepanjang bulan Ramadan.
Inisiatif yang berlangsung pada Ahad dari jam 6 pagi hingga 10 pagi itu melibatkan beberapa lokasi tumpuan utama termasuk seperti Padang Merdeka, Kuching Waterfront, Pangkalan Sapi serta kawasan berhampiran Jambatan Darul Hana.
Program berkenaan yang dinanti-nantikan orang ramai memberi peluang kepada warga kota menikmati suasana bandar tanpa kenderaan bermotor, sekali gus menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti seperti berjalan kaki, berjoging dan berbasikal bersama keluarga.
Selain itu, penganjuran program ini turut menyokong agenda kelestarian alam sekitar dengan membantu mengurangkan pelepasan karbon serta pencemaran udara di kawasan bandar.
Dalam masa yang sama, Kuching Car Free Morning juga berperanan sebagai platform memperkukuh interaksi sosial serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di bandar raya ini.-EDISI UKAS