Premier Sarawak Tunai Solat Jumaat Di Masjid At-Taqwa Miri
MIRI: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menunaikan solat Jumaat di Masjid At-Taqwa Miri sejurus tiba di bandar raya ini pada jam 12.15 tengah hari Jumaat.
Kehadiran beliau disambut oleh para jemaah serta kepimpinan tempatan yang turut mengambil peluang beramah mesra bersama Premier Sarawak.
Dalam rangka lawatan tersebut, pada hari sama beliau dijadualkan menghadiri Majlis Makan Malam bersama Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KMKK) serta kepimpinan akar umbi sebagai platform memperkukuh hubungan antara kerajaan negeri dan masyarakat setempat.
Pada Sabtu, beliau dijadualkan merasmikan Program Sarawakku Sayang Bahagian Miri yang bertujuan memperkasa kesejahteraan rakyat serta memperkukuh agenda pembangunan negeri.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi; Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pengajian Tinggi dan Inovasi), Datuk Dr Annuar Rapaee; Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Usahawan Sarawak), Datuk Dr Ripin Lamat, Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato Lukanisman Awang Sauni serta ketua-ketua jabatan, KMKK dan kepimpinan masyarakat tempatan.-EDISI UKAS