SIBU: Kepimpinan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Nangka terus berada di bawah pimpinan Datuk Dr Annuar Rapaee apabila beliau dipilih semula sebagai Pengerusi bagi sesi 2026 hingga 2029.
Pemilihan itu dibuat sempena Mesyuarat Agung Tritahunan cawangan berkenaan yang berlangsung pada Ahad.
sa
Turut dipilih menganggotai jawatankuasa baharu ialah Sayed Azmee Wan Junaidi sebagai Naib Pengerusi I dan Nora Bujang sebagai Naib Pengerusi II.
Sementara itu, beberapa jawatan lain termasuk setiausaha, timbalan setiausaha dan bendahari akan diumumkan dalam mesyuarat akan datang.
Bagi jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK), enam individu dilantik iaitu Mohd Azizan, Awang Abdul Razzaq Awang Kaderi, Azlan Shah Mustapha, Hatiah Daud, Halda Daud dan Gloria Dick.
Dalam pada itu, Datuk Dr Annuar yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 bagi menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti tahunan cawangan berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berharap semua ahli dapat terus bersatu dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.-EDISI UKAS