LUNDU: SABERKAS terus memainkan peranan penting dalam memperkasa pembangunan belia di kawasan Opar melalui pelbagai program kepimpinan, kemahiran dan kemasyarakatan.
Perkara itu ditegaskan dalam Mesyuarat Tritahunan SABERKAS Opar, di sini pada Ahad dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang mengekalkan jawatan sebagai pengerusi.
Beliau berkata, SABERKAS berfungsi sebagai platform membentuk belia yang berdaya saing, berdisiplin serta mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi.
Belia turut digesa agar memanfaatkan program yang dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran diri, pengalaman kepimpinan serta kerjasama dalam komuniti.
Mesyuarat turut membincangkan perancangan aktiviti akan datang yang memberi fokus kepada pembangunan belia, kebajikan masyarakat dan program sosial yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.-EDISI UKAS