Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki Terima Kunjungan Hormat KSU Kementerian Belia dan Sukan
KUCHING: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dato’ Rahimi Ismail di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, pada Selasa.
Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee serta rombongan dari KBS.
Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan pertama Dato’ Rahimi kepada Datuk Amar Mohamad Abu Bakar selepas dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada 9 Mac lalu.
Sebelum ini, beliau adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pembangunan belia dan sukan, khususnya berkaitan persediaan Sarawak sebagai penganjur Sukan SEA 2027.-EDISI UKAS