KUCHING: Seramai 148 individu telah menerima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak dalam satu istiadat penuh beradat yang berlangsung dengan penuh istiadat dan penghormatan.
Istiadat tersebut dimulakan dengan ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi ldi Dewan Besar Astana Negeri Sarawak, pada Selasa.
Bagi Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C), Mahra Salleh mendahului senarai penerima.
Sementara itu, bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S), antara penerima ialah Mohamad Shiblie Abang Sapuan, Ida Rohana Othman serta Susan Clement Ingun.
Bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K), penerima termasuk Charles Benet Ait, Ir Ts. Daniel Punang serta Daniel Jok Wan @ Asa Jau, diikuti 11 penerima lain.
Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.) pula didahului Leftenan Kolonel Ismanizam Ismail, diikuti Mejar Chester Richard, Mejar Muhammad Adam Carlos Rakem serta 16 penerima lain.
Seterusnya, bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S), Hudien Yusup mendahului bersama 13 penerima lain.
Bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K), antara penerima ialah Baie Barang dan Bajung Ambik serta 19 penerima lain.
Dalam kategori Pingat Pentadbiran Awam, seramai 36 penerima menerima anugerah tersebut dengan Sub Inspektor Jimmy Ja-Ih mendahului senarai.
Selain itu, Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) menyaksikan seramai 41 individu menerima pengiktirafan berkenaan.
Penganugerahan ini mencerminkan penghargaan kerajaan negeri terhadap jasa dan sumbangan cemerlang individu dalam pelbagai bidang demi pembangunan dan kesejahteraan Sarawak.
Hadir sama, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak), Datuk Rosey Yunus, dan Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Pelabuhan), Datuk Majang Renggi.-EDISI UKAS