Guru Besar, Pemimpin Setempat Bincang Cabaran Pendidikan di Kapit
KAPIT: Persatuan Guru Besar Bahagian Kapit memperkukuh komunikasi bersama pemimpin setempat menerusi Program Hi-Tea yang diadakan di Triffle F Restaurant, di sini, pada Jumaat.
Program tersebut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk isu sekolah daif serta usaha memperkasa pembangunan modal insan dalam kalangan pelajar di daerah ini.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Bahagian Kapit Jarit Jamit, Pengerusi Persatuan Guru-Guru Besar Bahagian Kapit Joseph Author serta guru-guru besar semua sekolah di Bahagian Kapit.-EDISI UKAS