Lavinia Sukar Digugat, Juarai SSC-ABAS U21 May Roll-Off 2026
KUCHING: Pemain boling remaja elit Sarawak, Lavinia Kho Jia Jie sekali lagi mencuri tumpuan dengan menjuarai SSC-ABAS U21 May Roll-Off 2026 yang berlangsung dari 2 hingga 3 Mei di Megalanes Sarawak, Emart Batu Kawa.
Beliau mengekalkan rentak cemerlangnya dalam kategori utama perempuan untuk menewaskan Adriana Ramiza Ramulo di tempat kedua dan Nur Fathi Fatihah Mohammad Zakry tempat ketiga.
Bagi saingan Perseorangan Lelaki Utama, Gerald Ethan Tony menaiki podium bersama Lavinia selepas menyingkirkan cabaran Muhammad Isyraq Iqbal Ramadhan di tempat kedua dan Mohamed Farhan Asgar Jahan di tempat ketiga.
Kejayaan manis itu memastikan Lavinia mengekalkan prestasi konsistennya sepanjang musim 2026.
Beliau turut memenangi kategori Perempuan Bawah 21 Tahun (Sub-Kategori) apabila menewaskan Adriana Ramiza di tempat kedua dan Claudia Kumang Jakson di tempat ketiga.
Manakala bagi kategori Lelaki Bawah 21 Tahun, Muhammad Isyraq Iqbal unggul muncul johan, menewaskan Mohamed Farhan dan Eldred Kho Yek Zhen di kedudukan kedua dan ketiga.
Dalam pada itu, Gerald Ethan sekali lagi menaiki podium selepas turut menguasai kategori Lelaki Bawah 16 Tahun dengan mengatasi Saiful Iman Shah Abdullah di tempat kedua dan Muhammad Qaish Rayyan Mohamad Sabri tempat ketiga.
Arwynn Galleina Arthur Ray pula memastikan kejuaraan kategori Perempuan Bawah 16 Tahun menjadi miliknya dengan menundukkan Tantiana Marissa Ramulo dan Esther Verra Nilsson Leo di tempat kedua dan ketiga.
Tidak kurang menariknya aksi Lelaki Bawah 13 Tahun apabila gelaran juara menjadi milik Lee Tee Ker, Muhammad Amzar Ahmad Syukri kedua dan Tommy Kee Yong Hong ketiga.
Sambil Nur Fathi Fatihah pula cemerlang kategori Perempuan Bawah 13 Tahun dengan mengatasi Kueh Wan Ting dan Joyce Lidwina Wilfred Vincent masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga.
Tiga pemenang teratas kategori Lelaki Bawah 11 Tahun ialah Jonas Yap Zao Min, Edward Choo Jia Jing dan Alfred Phang Kang Yee.
Sambil tiga pemenang terbaik kategori Perempuan Bawah 11 Tahun Isabel Mok Yi Nuo, Syahieza Damia Syarul Nizam dan Eleanor Rainner Harman.
Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) Shaifulbahri Shukri bersama Bong Kihow yang mewakili barisan jurulatih SSC dan ABAS.
May Roll-Off terus berfungsi sebagai platform penting bagi pemain boling remaja untuk menimba pengalaman pertandingan serta memantau perkembangan prestasi sepanjang musim.
Susulan kejohanan ini, atlet terpilih akan mewakili Sarawak ke Kejohanan Terbuka Antarabangsa Malaysia ke-44 dengan pasukan dijadual berlepas pada penghujung bulan ini. - EDISI UKAS