Anggota APM Sarawak Terima Pingat & Reben Pengiktirafan
SIMANGGANG: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak dianugerahkan pingat dan reben dalam Majlis Penyampaian Pingat dan Reben APM Tahun 2026 Peringkat Sarawak, pada Rabu.
Penganugerahan tersebut mencerminkan komitmen, disiplin dan dedikasi tinggi anggota APM dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab, selain menzahirkan penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang yang diberikan secara berintegriti dan profesional.
Majlis itu turut menjadi simbol pengiktirafan terhadap pengorbanan dan cabaran yang ditempuhi anggota sepanjang menjalankan tugas, khususnya dalam operasi menyelamat, pengurusan bencana dan khidmat kemasyarakatan.
Menurut APM, pingat dan reben yang disampaikan bukan sekadar pengiktirafan kepada pencapaian individu, malah melambangkan usaha berterusan anggota dalam memastikan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap terbaik.
Dalam pada itu, penganjuran majlis berkenaan juga bertujuan memperkukuh semangat perpaduan, meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta memperkasa kecekapan anggota dalam melaksanakan tugas demi memastikan APM terus dihormati dan diyakini masyarakat. -EDISI UKAS