20 Ekor Sapi Korban Diagih Di DUN Lingga Sempena Aidiladha
LINGGA: Sebanyak 20 ekor sapi korban telah diagihkan di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, melibatkan pelbagai kampung dan kawasan di Lingga, Sri Aman, Maludam serta Triso.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, program korban yang dilaksanakan secara bergotong-royong bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk melalui pengagihan daging korban, malah mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kekeluargaan dalam kalangan masyarakat.
Selain itu katanya, sambutan Aidiladha bukan sekadar perayaan keagamaan, sebaliknya menjadi simbol pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang perlu terus dihayati dalam kehidupan seharian.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Tahlil Perdana sempena Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M, di sini pada Jumaat.
Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan cenderahati kepada peserta Tadarus Al-Quran sebagai penghargaan atas penglibatan mereka dalam mengimarahkan program keagamaan di kampung berkenaan.
Turut hadir, Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh. -EDISI UKAS