65 Penerima Terima Peruntukan MRP Biro Wanita Bernilai RM285,000
SELANGAU: Seramai 65 penerima menerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Biro Wanita berjumlah RM285,000 bagi menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan komuniti.
Peruntukan tersebut bertujuan memperkasakan peranan wanita serta menggalakkan penglibatan aktif mereka dalam pembangunan masyarakat di peringkat akar umbi.
Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta telah menyampaikan peruntukan berkenaan semasa Program Beranchau Tikai Skim Sekuau 2026 yang berlangsung di Dewan Penghulu Balang Sekuau, baru-baru ini.
Beliau berharap, bantuan yang disalurkan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi memperkukuh pembangunan masyarakat serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Dalam majlis berlainan, Edwin turut menyumbangkan dua ekor lembu bagi penduduk Kampung Dagang Tatau dan Kampung Baru Tatau sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Polis Daerah Dalat DSP Saga Chunggat, wakil Pegawai Daerah Selangau Chua Siong Wei serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Selangau Joanes l Tulang.-EDISI UKAS