Premier Sarawak Hadiri Majlis Resepsi Perkahwinan Anak Datuk Abdullah Saidol
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg antara barisan pemimpin negeri yang hadir memeriahkan majlis resepsi perkahwinan anak Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol yang diadakan di Dewan Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di sini malam tadi.
Beliau diiringi anakandanya, Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari tiba kira-kira jam 8.30 malam dan disambut dengan meriah oleh Datuk Abdullah dan isteri, Datin Nora Ashikin Ibrahim serta tetamu kenamaan lain.
Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian bersama isteri Datin Amar Enn Ong, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Kerja Raya Malaysia Dato Sri Alexander Nanta Linggi.
Selain itu, majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Datuk Ibrahim Baki, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Ir lo Khere Chiang, Ahli Parlimen Tanjung Manis Dato Ir Yusuf Abdul Wahab serta tetamu kenamaan yang lain.
Hampir 800 tetamu turut hadir menyerikan majlis resepsi tersebut yang diserikan dengan persembahan kebudayaan dan sketsa khas.
Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dari artis terkenal tanah air, Bob Yusof dan penyanyi tempatan.
Untuk makluman, Damia Nur Abdullah (31) dan pasangannya Mustafa Kamal Yahya (36) serta Leftenan Danishafiq Abdullah dan pasangannya Nr Nadirah Adnan masing-masing berusia 28 telah melangsungkan majlis pernikahan mereka di Semenanjung Malaysia sebelum ini. -EDISI UKAS