Setiausaha Kerajaan Sarawak & Warga Perkhidmatan Awam Sarawak Rakam Ucapan Takziah Di Atas Pemergian Mendiang Patrick Engkasan Entabar
KUCHING: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama seluruh warga Perkhidmatan Awam Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Patrick Engkasan Entabar @ Digat yang telah meninggal dunia pada Isnin, 1 Jun 2026 pada usia 79 tahun.
Mendiang merupakan mantan Residen Bahagian Sri Aman yang pernah berkhidmat sebagai Residen Sibu dari tahun 1997 hingga Februari 2000 sebelum dilantik sebagai Residen Sri Aman dari Mac 2000 hingga November 2002.
Beliau kemudiannya menamatkan perkhidmatan awam melalui persaraan wajib pada 30 November 2002.
Mendiang meninggalkan seorang balu, Iyus William Rade, bersama dua orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan.
Upacara penghormatan terakhir akan diadakan di kediaman mendiang di No. 454, Lorong B3, Taman Satria Jaya, BDC, Kuching pada Jumaat, 5 Jun 2026.
Sementara itu, upacara pengebumian akan berlangsung pada Sabtu, 6 Jun 2026 apabila ‘cortege’ dijadual bertolak dari kediaman beliau pada jam 9.30 pagi menuju ke Gereja St John, Kampung Taee, Serian untuk upacara persemadian.
Pemergian mendiang disifatkan sebagai satu kehilangan bagi warga perkhidmatan awam negeri ini. -EDISI UKAS