SMK St Thomas Catat GPS 2.88, Lapan Pelajar Raih 4A dalam STPM 2025
KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK )St Thomas terus mengekalkan kecemerlangan akademiknya apabila mencatat Purata Nilai Gred Sekolah (GPS) sebanyak 2.88 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025.
Pencapaian membanggakan itu turut diserikan dengan kejayaan lapan pelajar memperoleh keputusan cemerlang 4A, sekali gus membuktikan komitmen sekolah dalam melahirkan pelajar berprestasi tinggi.
Selain itu, 19 pelajar turut mencatat Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) yang cemerlang melebihi 3.00.
Kejayaan tersebut mencerminkan usaha gigih para pelajar, guru serta sokongan padu ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan akademik terus menjadi budaya di SMK St Thomas.
Pencapaian ini dijangka menjadi pemangkin kepada sekolah berkenaan untuk terus memperkukuh prestasi dalam peperiksaan STPM pada masa akan datang. -EDISI UKAS