ADUN Balingian, Tellian Adakan Kunjungan Hormat Kepada Residen Baharu Mukah
MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi bersama ADUN Tellian Royston Valentine mengadakan kunjungan hormat kepada Residen Bahagian Mukah yang baharu, Bujang Rahman Seli di Pejabat Residen Bahagian Mukah, pada Khamis.
Turut hadir ialah Timbalan Residen Bahagian Mukah yang baharu Badjuri Bidin, Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Mukah Mohd Amirul Valentine Laiseh serta Kaunselor Ardyman Matan.
Kunjungan tersebut menjadi platform penting bagi mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama strategik antara wakil rakyat dan pentadbiran Bahagian Mukah dalam memastikan agenda pembangunan serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Selain itu, pertemuan tersebut turut membincangkan pelbagai usaha pembangunan serta agenda kesejahteraan masyarakat di Bahagian Mukah bagi memastikan kemajuan yang dirancang dapat memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh.
Pada masa sama, Abdul Yakub dan Royston turut merakamkan ucapan tahniah kepada Bujang Rahman atas pelantikannya sebagai Residen Bahagian Mukah yang baharu serta kepada Badjuri atas pelantikan sebagai Timbalan Residen Bahagian Mukah.
Pada masa sama, kedua-dua wakil rakyat menzahirkan ucapan tahniah kepada Bujang Rahman atas pelantikan sebagai Residen Bahagian Mukah yang baharu serta kepada Badjuri Bidin yang dilantik sebagai Timbalan Residen Bahagian Mukah.
Mereka berharap amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang dalam menerajui pentadbiran Bahagian Mukah ke arah pembangunan yang lebih mampan dan progresif.-EDISI UKAS