Pemuda PBB Bukit Sari Santuni Pesakit Hospital Lawas
LAWAS: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Sari menyantuni pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Lawas menerusi Program Bantuan Pesakit yang diadakan pada Jumaat.
Program kebajikan tersebut menyaksikan penyerahan sumbangan berupa hamper, tujuh unit kipas serta bantuan wang tunai kepada pesakit bagi membantu meringankan beban mereka sepanjang menjalani rawatan.
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial Pergerakan Pemuda PBB Bukit Sari dalam membantu golongan yang memerlukan, di samping mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.
Sepanjang program berlangsung, rombongan turut meluangkan masa beramah mesra serta bertanya khabar pesakit dan ahli keluarga mereka sebagai tanda sokongan moral dan keprihatinan.
Program berkenaan turut disertai ahli-ahli Pergerakan Wanita PBB Bukit Sari yang bersama-sama menjayakan aktiviti kebajikan tersebut.- EDISI UKAS