Setiausaha Kerajaan Sarawak Terima Kunjungan Hormat SPR
KUCHING: Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia di Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Isnin.
Delegasi SPR diketuai oleh Setiausaha SPR Malaysia, Datuk Khairul Shahril Idrus dan turut disertai Timbalan Setiausaha (Operasi) SPR, Norzawati Amali Alias, Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak, Abang Noraffian Abang Ibrahim serta Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak, Hamfatullah Syawal Hamdan.
Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama serta mengukuhkan jaringan komunikasi antara SPR dan Perkhidmatan Awam Sarawak.
Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan, Pengarah Unit Pentadbiran, Rusmaliza Mat Darus dan Timbalan Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Dato Clarence Rorote Sagon.-EDISI UKAS