UKAS Terima Kunjungan Hormat STATOB, Perkukuh Kerjasama Strategik
KUCHING: Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei Darussalam (STATOB) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Samat Junai di Ibu Pejabat UKAS pada Selasa.
Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara STATOB dan UKAS serta meneroka peluang kolaborasi dalam memperkukuh promosi Sarawak di peringkat serantau.
Dalam sesi itu, pihak STATOB turut berkongsi mengenai fungsi dan peranannya sebagai wakil Kerajaan Sarawak di Brunei Darussalam, selain kedua-dua pihak bertukar pandangan bagi mewujudkan hubungan kerja yang lebih erat dan kondusif pada masa hadapan. -EDISI UKAS