RM50,000 Diperuntuk Naik Taraf Masjid Darul Muhsinin
SADONG JAYA: Masyarakat Kampung Sungai Putin bakal menikmati kemudahan ibadah yang lebih selesa dan kondusif menerusi pelaksanaan Projek Kerja-Kerja Naik Taraf Masjid Darul Muhsinin yang bermula hari ini.
Projek berkenaan dilaksanakan menerusi Projek Khas Timbalan Perdana Menteri (Masjid/Surau) dengan peruntukan sebanyak RM50,000 yang disalurkan melalui Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee.
Pelaksanaan projek itu bertujuan meningkatkan kemudahan serta keselesaan para jemaah dan penduduk setempat.
Sesi penyerahan tapak secara rasmi telah disempurnakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO) bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Sarawak kepada kontraktor yang dilantik.
Pelaksanaan kerja naik taraf berkenaan diharap dapat memberi manfaat kepada penduduk Kampung Sungai Putin, khususnya dalam mewujudkan persekitaran masjid yang lebih selesa, selamat dan kondusif untuk aktiviti keagamaan serta kemasyarakatan selepas siap kelak. -EDISI UKAS