SUKMA 2026: Kuartet 4 x 400 Meter Campuran Sarawak Raih Gangsa
SERDANG: Hasrat kuartet 4 x 400 meter campuran Sarawak mengulangi kejayaan kuartet 4 x 100 meter wanita merangkul emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 tidak kesampaian apabila sekadar meraih gangsa dalam aksi final petang tadi.
Perlumbaan berlangsung sengit di Kompleks Sukan UPM di sini menyaksikan kuartet Sarawak yang mempertaruhkan Muhamad Irsyad Nabil Ismail, Yusry Mohammad Saiffullah, Ormilla Octavia Codday Nyadau dan Theodosia Razak mencatat masa 3:33.360 saat untuk berpuas hati dengan kutipan gangsa.
Pingat emas acara berkenaan dirangkul pasukan Johor mencatat masa terpantas 3:31.450 saat.
Manakala perak dirangkul Sabah yang mencatat masa 3:32.720 saat. - EDISI UKAS