Pelbagai Pertandingan Meriahkan Sambutan Maulidur Rasul Daerah Simunjan
SIMUNJAN: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Simunjan 1448H/2026M berlangsung meriah dengan pelbagai pertandingan yang menghimpunkan penyertaan daripada jabatan, agensi kerajaan, sekolah, masjid, surau, kampung, kelab dan pertubuhan setempat yang berlangsung di Dewan Mesra Simunjan pada Selasa.
Sebanyak 22 kontinjen menyertai Pertandingan Perarakan, manakala 15 kumpulan mengambil bahagian dalam Pertandingan Sepanduk.
Pertandingan turut diserikan dengan Pertandingan Berzanji dan Marhaban anjuran LAKIS Simunjan yang berlangsung pada 24 Ogos lalu.
Bagi Pertandingan Perarakan Kategori A,
SK Sungai Apin muncul Johan, diikuti SK Abang Man sebagai Naib Johan dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Simunjan di tempat ketiga.
JKKK Kampung Tanjung Harapan pula muncul Johan Pertandingan Perarakan Kategori B, manakala JKKK Kampung Sungai Apin menduduki tempat kedua dan JKKK Kampung Tanjung Pisang di tempat ketiga.
Sementara itu, SK Abang Man muncul
Johan Pertandingan Sepanduk Kategori A, diikuti SK Sungai Apin sebagai Naib Johan dan Gabungan Urus Setia Saudara Kita (USK) Simunjan di tempat ketiga.
Bagi Kategori B, JKKK Kampung Sungai Apin muncul Johan, diikuti JKKK Sageng Tengah sebagai Naib Johan dan JKKK Sageng Baru di tempat ketiga.
Pertandingan Berzanji dan Marhaban pula menyaksikan Masjid Darul Khursiah, Kampung Selangking dinobatkan sebagai Johan, manakala Surau Darul Ibadah, Kampung Sageng Hilir dan Masjid Darul Taqwa, Kampung Sungai Apin masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee.
Penganjuran pelbagai pertandingan tersebut bukan sahaja menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul, malah menjadi wadah masyarakat menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, di samping memperkukuh ukhuwah dan semangat kebersamaan komuniti setempat. -EDISI UKAS