Kerajaan Sarawak Sedia Bantu Percepat Proses Tender Projek Taman Tebingan Bintangor RM35 Juta
BINTANGOR: Kerajaan Sarawak bersedia membantu mempercepatkan proses tender projek Taman Tebingan Bintangor bernilai RM35 juta bagi membolehkan projek berkenaan dilaksanakan dengan segera.
Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian menyatakan kesediaan tersebut ketika mengadakan lawatan kerja ke Bintangor, pada Sabtu.
Lawatan berkenaan turut melibatkan tinjauan ke pontoon jeti baharu dan perkembangan projek Taman Tebingan Bintangor selain kunjungan ke Cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintangor.
Dalam lawatan sama, cadangan untuk mengkaji pembinaan sebuah jambatan merentasi Sungai Sian dalam tempoh lima tahun akan datang turut dibincangkan.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. -EDISI UKAS