LAKKMS Serah Insentif Kecemerlangan Kepada 26 Pelajar Cemerlang SPM 2025
MUKAH: Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak (LAKKMS) menyerahkan Insentif Kecemerlangan kepada 26 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 sebagai penghargaan dan galakan atas pencapaian akademik mereka.
Majlis penyampaian sijil tersebut telah
disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Melanau Mukah, Abdul Yakub Arbi di Pejabat Persatuan Melanau Mukah (PPMS), di sini, pada Jumaat.
Inisiatif tersebut merupakan antara usaha LAKKMS dalam memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang mencapai kecemerlangan akademik.
Pada masa sama, ia menyuntik semangat penerima untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.
Abdul Yakub berharap agar insentif tersebut akan menjadi pemangkin semangat kepada para penerima untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan, selain menjadi inspirasi kepada generasi muda, khususnya masyarakat Melanau agar terus mengutamakan pendidikan. - EDISI UKAS