Kuching Squash Invitational 2026 Himpun 69 Pemain Dari Seluruh Sarawak
KUCHING: Seramai 69 pemain dari Kuching, Samarahan, Sibu dan Miri menyertai Kejohanan Kuching Squash Invitational 2026 yang berlangsung selama tiga hari di Sarawak Club Squash Court, di sini.
Dianjurkan Persatuan Skuasy Bahagian Kuching (SAK), kejohanan dari 4 hingga 6 September itu mempertandingkan 10 kategori melibatkan pemain junior dan Premier.
Sebanyak dua kategori Premier dipertandingkan iaitu Lelaki Premier dan Wanita Premier, manakala kategori junior melibatkan Lelaki dan Perempuan Bawah 9, Bawah 11, Bawah 13 dan Bawah 15.
Bagi kategori Lelaki Premier, Kong Chak Wei muncul juara, diikuti Troy Sim di tempat kedua, Morgan Lo di tempat ketiga dan Kong Sieng Chien di tempat keempat.
Kategori Wanita Premier pula menyaksikan Annabelle Marie Teo Shao Ying bergelar juara, manakala Abigail Teo Shau Jin di tempat kedua, Iszea Amani Ishak di tempat ketiga dan Nur Putri Dayana Mohamad Rezan di tempat keempat.
Dalam kategori junior, Izz Adin Ishak dan Ezra Lau Hui Feng masing-masing muncul Johan dan Naib Johan Lelaki Bawah 9, manakala Ethan Bungk(u) dan Mohammed Liang Shahid masing-masing meraih kedudukan pertama dan kedua bagi Lelaki Bawah 11.
Bagi Lelaki Bawah 13, Jarvyn Ling Jin Hyun muncul Johan diikuti Kingsley Yong Jun Xi sebagai Naib Johan, manakala Joe Vigneswaran dan Ryan Law Kai Xuan masing-masing muncul Johan dan Naib Johan Lelaki Bawah 15.
Kategori Perempuan Bawah 9 menyaksikan Ting Meng Huan muncul Johan diikuti Jesselle Ngo Yi Fei sebagai Naib Johan, manakala Ava Zoey Lee Laguerta dan Tan Rui En masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua bagi Perempuan Bawah 11.
Nur Putri Dayana Mohamad Rezan muncul Johan Perempuan Bawah 13 diikuti Azalea Amani Binti Ishak sebagai Naib Johan, manakala Iszea Amani Binti Ishak dan Dayang Batrisyia Binti Awang Suhaili masing-masing muncul Johan dan Naib Johan Perempuan Bawah 15.
Kejohanan tersebut turut menawarkan hadiah keseluruhan sehingga RM1,150 bagi kategori Premier, merangkumi wang tunai dan baucar penaja.
Bagi kategori junior Bawah 13 dan Bawah 15, juara menerima RM200, naib juara RM150, tempat ketiga RM100 dan tempat keempat RM80.
Sementara itu, kategori Bawah 9 dan Bawah 11 menawarkan RM150 kepada juara, RM100 kepada naib juara, RM70 tempat ketiga dan RM50 tempat keempat.
Pemangku Ketua Bahagian Pembangunan Sukan, Perbadanan Sukan Sarawak Dedia Sarini Ahmad turut hadir menyaksikan kejohanan tersebut sekali gus menyampaikan hadiah kepada para pemenang. -EDISI UKAS