67 Pelajar Sebuyau Terima Insentif Pendidikan Lanjut Pengajian Ke IPT
SEBUYAU: Seramai 67 pelajar dari kawasan Sebuyau menerima insentif pendidikan bagi membantu mereka melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi meneruskan program insentif pendidikan berkenaan sebagai usaha membantu anak-anak kawasan tersebut mendapatkan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Selain insentif utama bagi pengajian peringkat ijazah, bantuan tambahan turut diberikan kepada pelajar yang mengikuti bidang tertentu termasuk perubatan, kejuruteraan, pengajian profesional serta bidang teknologi terkini.
Usaha tersebut diharap dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga, selain melahirkan lebih ramai modal insan berkemahiran tinggi dari kawasan luar bandar yang mampu menyumbang kepada pembangunan negeri serta meningkatkan pendapatan isi rumah pada masa hadapan.-EDISI UKAS