UKAS Mengadakan Kunjungan Hormat Kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak
KUCHING: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak, Abang Noraffian Abang Ibrahim di Bangunan Sultan Iskandar di sini pada Khamis.
Kunjungan tersebut menjadi platform bagi kedua-dua pihak memperkukuh hubungan kerja khususnya dalam aspek komunikasi, penyampaian maklumat serta kerjasama antara agensi.
Pertemuan itu turut membuka ruang kepada UKAS dan Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak untuk bertukar pandangan serta berkongsi maklumat berkaitan peranan dan fungsi masing-masing.
Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan potensi kerjasama dalam pelaksanaan program yang melibatkan aspek komunikasi dan penyampaian maklumat kepada masyarakat.
Kunjungan berkenaan mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk terus menjalinkan hubungan kerja yang baik serta memperkukuh saluran komunikasi bagi menyokong penyampaian maklumat yang tepat dan berkesan.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak, Hamfatullah Syawal Hamdan dan Penolong Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak, Nurshaima Napis. -EDISI UKAS