Team SUK Juara Keseluruhan MAKSAK Sarawak Games 2026
BINTULU: Pasukan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Team SUK) muncul juara keseluruhan Kejohanan Pickleball MAKSAK Sarawak Games 2026 yang berlangsung di Kenyalang Pickleball Central, Bintulu.
Menarik perhatian, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali muncul juara Beregu Lelaki VIP, diikuti pasangan Dato’ Mohammad Ibrahim dan Anuar Ismail di tempat kedua.
Sementara itu, Awang Mohamed Nizam dan Mackos Sibong serta Azmi Usup dan Ladin Atok masing-masing berkongsi tempat ketiga.
Bagi Beregu Wanita, Kuching muncul juara diikuti Team SUK di tempat kedua, sementara Sibu dan Mukah berkongsi tempat ketiga.
Sibu pula menjuarai Beregu Lelaki Veteran, diikuti Miri di tempat kedua, manakala SUK Sarawak dan Sarikei berkongsi tempat ketiga.
Dalam Beregu Wanita Veteran, Kuching muncul juara, diikuti Miri di tempat kedua, sementara SUK Sarawak dan Sarikei berkongsi tempat ketiga.
Sarikei pula mengungguli Beregu Campuran, diikuti SUK Sarawak di tempat kedua, manakala Kuching dan Sibu berkongsi tempat ketiga.
Bagi Beregu Wanita VIP, Dayang Zuriaty Izzrinda Abg Julaihi dan Norafida Jamat muncul juara, diikuti Gladys Lim Ai Hui dan Bidah Lujah di tempat kedua.
Dato Baduyah Bujang dan Puan Sri Dato Hajah Fatimah Iskandar serta Faridah Ahmad dan Marni Manang berkongsi tempat ketiga.
SUK Sarawak turut meraih anugerah Pengurusan Terbaik, diikuti Kuching di tempat kedua dan Sarikei di tempat ketiga.
Pengiktirafan Pemain Paling Senior Lelaki diberikan kepada Radin Romani Radin Abdul Rahim, 61, dari BPHB, manakala Lee Hung, 58, dari MAKSAK Bahagian Bintulu menerima pengiktirafan Pemain Paling Senior Wanita.
Muhammad Sufri Kasuadi dan Siti Nur Shameera Abdullah yang mewakili Team SUK pula masing-masing dinobatkan sebagai Pemain Harapan Lelaki dan Pemain Harapan Wanita.
Kejohanan yang berlangsung pada 19 hingga 20 September itu menghimpunkan pasukan MAKSAK dari 12 bahagian di Sarawak serta enam pasukan jemputan khas iaitu Team SUK, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Sarawak Water dan Sarawak Energy Berhad (SEB).-EDISI UKAS
Kredit Gambar: Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak