Keluarga Kukuh Tonggak Lahir Generasi Berkualiti Sarawak
LUNDU: Institusi keluarga yang kukuh dan amalan keibubapaan berkualiti menjadi asas penting dalam melahirkan generasi berdaya tahan, sekali gus memastikan pembangunan Sarawak seimbang dari aspek fizikal, sosial dan kesejahteraan rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, pembangunan jalan raya, kemudahan awam dan infrastruktur sememangnya penting, namun kemajuan sesebuah negeri tidak boleh diukur berdasarkan pembangunan fizikal semata-mata.
Menurut beliau, pembangunan modal insan perlu bermula daripada institusi keluarga dengan ibu bapa memainkan peranan sebagai pendidik pertama dan utama dalam membentuk sahsiah, emosi serta perkembangan kognitif anak-anak.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penangguhan Kursus Keibubapaan Anak Kecil Sesi 1/2026 di Dewan Mahligai Gading di sini pada Selasa.
Azizul menambah, berdasarkan Anggaran Penduduk Semasa Sarawak 2025, Daerah Lundu mempunyai kira-kira 34,800 penduduk dengan sekitar 7,500 orang atau 22 peratus daripadanya terdiri daripada kanak-kanak berusia antara sifar hingga 14 tahun.
Justeru katanya, usaha memperkasakan ilmu keibubapaan amat relevan bagi memastikan generasi muda memperoleh asas asuhan terbaik sejak usia awal.
Tambah beliau, usaha berkenaan turut mendukung aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dalam melahirkan masyarakat yang menikmati kualiti hidup lebih baik, keharmonian keluarga dan keterangkuman sosial.
Antara sasaran di bawah PCDS 2030 ialah mencapai skor Sarawak Social Wellbeing Index (SSWI) 8.0 dan ke atas menjelang 2030, selaras dengan aspirasi membentuk masyarakat maju, makmur dan inklusif.
Sehubungan itu, beliau menyeru ibu bapa supaya terus melengkapkan diri dengan ilmu dan pendekatan keibubapaan yang bersesuaian dengan cabaran semasa serta tidak hanya bergantung kepada kaedah terdahulu.
“Ilmu yang diperoleh menerusi kursus seperti ini merupakan satu pelaburan jangka panjang. Ia perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian dengan menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak, memupuk nilai murni dengan penuh kesabaran serta menjadi teladan kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), Sharifah Zakiah Pauzi berkata, Kursus Keibubapaan Anak Kecil merupakan antara Program Pemantapan Institusi Keluarga yang dilaksanakan JWKS bagi memperkasakan peranan ibu bapa serta memastikan kelestarian institusi keluarga.
Menurut beliau, program yang menggunakan modul keibubapaan komprehensif daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran keibubapaan berkesan dalam penjagaan anak selepas lahir hingga berusia bawah 13 tahun.
Modul berkenaan turut memberi penekanan kepada pengukuhan hubungan antara ibu bapa dan anak serta pembentukan jaringan sokongan yang sihat dalam keluarga dan komuniti.
Seramai 100 peserta terdiri daripada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat menyertai kursus berkenaan.
Program sama akan diperluaskan ke Bahagian Sarikei pada Oktober 2026 bagi membolehkan lebih ramai komuniti mendapat manfaat daripada ilmu dan kemahiran keibubapaan.
Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Abang Draup.-EDISI UKAS
#UKASnews
#SaluranInformasiRakyat
#SarawakMajuMakmurKeluarga Kukuh Tonggak Lahir Generasi Berkualiti Sarawak