PPRMS Manfaat 445 Penerima Di Mukah, RM6.49 Juta Disalur Sejak 2019
MUKAH: Seramai 445 penerima di Mukah telah mendapat manfaat Program Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) dengan jumlah peruntukan RM6.5 juta sejak 2019 hingga 2026.
Pelaksanaan program berkenaan memberi tumpuan kepada kerja penambahbaikan dan baik pulih kediaman golongan berpendapatan rendah serta keluarga yang memerlukan, khususnya bagi memastikan rumah berada dalam keadaan lebih selamat dan selesa untuk didiami.
Sepanjang tempoh tersebut, Jawatankuasa PPRMS Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Mukah melaksanakan kerja penambahbaikan rumah penerima yang layak melalui Jawatankuasa Fokus (FG) Kesejahteraan Rakyat Daerah Mukah dan Dalat.
Bantuan yang disalurkan membolehkan keperluan pembaikan kediaman penerima diberi perhatian, sekali gus mengurangkan beban kewangan keluarga yang berdepan keperluan untuk membaik pulih rumah.
Pelaksanaan PPRMS turut memberi kesan langsung kepada kesejahteraan keluarga apabila keadaan kediaman yang lebih baik menyediakan persekitaran tempat tinggal yang lebih selamat, selesa dan berkualiti.
Jumlah penerima serta peruntukan yang disalurkan dalam tempoh tujuh tahun itu memperlihatkan kesinambungan pelaksanaan bantuan perumahan di Mukah bagi membantu golongan yang memerlukan memperbaiki keadaan kediaman mereka.
Program berkenaan juga menjadi antara pendekatan Kerajaan Sarawak dalam menangani keperluan asas rakyat dengan memastikan bantuan disasarkan kepada keluarga yang memerlukan sokongan untuk meningkatkan kualiti kediaman dan kehidupan.-EDISI UKAS