Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Terima Kunjungan Hormat Premier Sarawak Sempena Pra-MMKN
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Astana Negeri
Sarawak, di sini, pada Khamis.
Kunjungan hormat yang berlangsung hampir sejam itu diadakan bersempena Pra-Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Dalam pertemuan tersebut, Premier Sarawak membentangkan dan berkongsi beberapa perkara berkaitan pentadbiran serta pembangunan negeri untuk makluman dan pertimbangan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi turut menyampaikan pandangan dan bertukar-tukar fikiran bersama Datuk Patinggi Abang Zohari mengenai beberapa perkara berkepentingan kepada negeri serta kesejahteraan rakyat Sarawak.-EDISI UKAS