Program MEKAR JPN Bantu Danny Dapatkan Kad Pengenalan
MERADONG: Program MEKAR JPN (Menyemai Kasih Rakyat) berjaya membantu Danny Wong Yo Xiang mendapatkan kad pengenalan, sekali gus memastikan dokumen pengenalan diri beliau dapat digunakan bagi pelbagai urusan rasmi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata penyelesaian urusan dokumentasi tersebut merupakan satu langkah penting dalam memastikan keperluan pengenalan diri penerima dapat dipenuhi.
Beliau merakamkan penghargaan kepada Program MEKAR JPN yang diketuai Vanesea Henry Engga, serta kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terlibat dalam membantu menyelesaikan urusan berkenaan.
Program MEKAR JPN berkenaan berlangsung di Perumahan Cina Sungai Bakong, pada Khamis.
Menurut Datuk Ding, pemilikan kad pengenalan akan memudahkan adik Danny dalam menguruskan pelbagai keperluan rasmi pada masa akan datang.
Beliau berkata usaha seperti Program MEKAR JPN perlu diteruskan bagi membantu masyarakat yang memerlukan sokongan dalam urusan dokumentasi dan pendaftaran diri.-EDISI UKAS