Kerjasama Tenaga Serantau Antara Sumbangan Nick Wright Kepada Sarawak
KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merakamkan penghargaan terhadap sumbangan Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan Sarawak Energy Berhad (SEB), Nick Wright, khususnya dalam pembangunan perniagaan, kerjasama strategik serta usaha memperkukuh jaringan tenaga Sarawak di peringkat serantau.
Katanya, penglibatan Nick dalam memperkukuh kerjasama tenaga serantau antara sumbangan penting beliau sepanjang lebih 16 tahun bersama SEB.
Beliau menyampaikan penghargaan tersebut ketika menerima kunjungan hormat perpisahan Nick, di sini pada Rabu.
Pertemuan tersebut turut menjadi kesempatan bagi Datuk Amar Awang Tengah merakamkan penghargaan kepada Nick atas khidmat dan sumbangan beliau terhadap pembangunan sektor tenaga Sarawak serta mendoakan kejayaan beliau dalam usaha seterusnya.
Nick menyertai SEB pada Jun 2010 dan sepanjang tempoh perkhidmatannya turut terlibat dalam usaha mempromosikan potensi tenaga boleh diperbaharui Sarawak serta memperkukuh kerjasama serantau.
Penglibatan beliau turut merangkumi inisiatif yang menyokong pembangunan Rangkaian Grid Kuasa ASEAN (ASEAN Power Grid), yang menjadi antara usaha kerjasama tenaga di peringkat serantau.
Selain aspek kerjasama tenaga, Nick turut menyumbang dalam bidang pembangunan perniagaan dan pembentukan kerjasama strategik sepanjang tempoh perkhidmatannya bersama SEB.-EDISI UKAS