Kepelbgaian Budaya Jadi Tarikan Lundu Heritage Square Fest 2026
LUNDU: Kepelbagaian seni dan budaya masyarakat setempat menjadi antara tarikan utama ‘Lundu Heritage Square Fest’ 2026 yang berlangsung di Townsquare Lundu, pada Jumaat.
Berlangsung bersempena Regatta Batang Kayan Lundu 2026, festival anjuran Pejabat Daerah Lundu itu menghimpunkan kira-kira 1,000 pengunjung bagi menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat Melayu, Cina, Bidayuh, Salako dan Iban.
Persembahan tersebut mengetengahkan keunikan seni dan warisan pelbagai etnik, sekali gus memberi peluang kepada masyarakat serta pengunjung luar mengenali kepelbagaian budaya yang menjadi antara identiti daerah Lundu.
Penganjuran festival itu turut menjadi ruang untuk menyemarakkan usaha memelihara dan memperkenalkan seni serta warisan budaya kepada generasi muda.
Suasana festival bertambah meriah dengan persembahan istimewa artis tempatan, Ramles Walter, yang menghiburkan para pengunjung pada malam tersebut.
Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Abang Abdul Aziz Abang Draup dan Pegawai Daerah Lundu Zulkarnain Ismail. -EDISI UKAS