![]() |
AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
| Close | ||
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat Pengarah Pengurusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merangkap Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah di Astana Negeri Sarawak, di sini, pada Rabu.
Kunjungan tersebut diadakan sebagai tanda penghormatan dan kunjungan perpisahan berikutan pelantikan Datuk Mohamad Zainal sebagai Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman berkuat kuasa 15 September lalu menggantikan Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid yang kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.
Anak jati Bumi Kenyalang itu sebelum ini mula berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak pada September tahun lalu.
Turut hadir, isteri Pesuruhjaya Polis Sarawak Datin Dr Nitce Isa Medina Machmudi Isa, Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak SAC Zulkipli Suhaili, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Kumarasan Muniandy serta Setiausaha Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) ASP Rathna Borhan.-EDISI UKAS
Disediakan oleh: Nur Nabilla
Foto: Hazrin Sunaini