![]() |
AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
| Close | ||
KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disaran meneliti setiap petisyen yang dikemukakan masyarakat berhubung Kajian Semula Persempadanan Bahagian dilaksanakan secara telus dan menyeluruh.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penelitian menyeluruh penting bagi memastikan pandangan dan kepentingan masyarakat terlibat diberi perhatian sewajarnya.
“Saya harap SPR akan melihat dengan teliti petisyen yang dibuat oleh masyarakat yang terlibat. Dan saya juga mahu ianya dibuat secara telus,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Organisational Anti-Corruption Strategy (OACS) MINTRED 2030 dan Hari Integriti serta Inovasi MINTRED di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.
Ketika ditanya mengenai jumlah bantahan yang dikemukakan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Amar Awang Tengah berkata, beliau tidak pasti mengenai jumlah berkenaan, namun mengesahkan terdapat bantahan yang telah dikemukakan.
Tempoh pameran syor bagi Kajian Semula Persempadanan (KSP) Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-7 akan berakhir pada jam 5 petang Rabu.-EDISI UKAS
Disediakan oleh: Ezzah syafiqah