ADUN Meradong Tinjau Pemulihan Bekalan Air Sungai Mador
BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing meninjau pam penggalak Sungai Mador di sini pada Selasa bagi memantau usaha pemulihan bekalan air di kawasan terjejas.
Lawatan berkenaan bagi melihat situasi semasa sistem bekalan air serta memastikan proses pemulihan dilaksanakan sebaik mungkin demi kepentingan penduduk.
Beliau berharap bekalan air dapat beransur pulih dan kembali normal dalam masa terdekat.
Datuk Ding turut merakamkan penghargaan kepada penduduk atas kesabaran, pemahaman dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan bekalan air. -EDISI UKAS