Kerajaan Persekutuan Mulakan Rundingan Rasmi Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan memulakan rundingan rasmi dengan Sarawak bagi memuktamadkan kerangka insentif, pusat pemudah cara pelaburan sehenti serta keperluan infrastruktur strategik untuk pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu.
Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu menyusuli kesungguhan Kerajaan Sarawak untuk membangunkan zon ekonomi berkenaan.
“Kerajaan Sarawak telah menzahirkan kesungguhan untuk membangunkan Zon Ekonomi Khas Sibu,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.
Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan akan memulakan rundingan rasmi bagi memuktamadkan kerangka insentif, pusat pemudah cara pelaburan sehenti dan keperluan infrastruktur strategik.
Rundingan itu menjadi langkah penting dalam penyelarasan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri bagi menentukan keperluan sokongan untuk pembangunan zon berkenaan. -EDISI UKAS