KUCHING: Sebanyak 378 permohonan bagi projek Alternatif kepada Bekalan Elektrik Luar Bandar (ALAF) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian masih belum dilaksanakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, pihaknya memohon penjelasan terkini daripada kementerian dan agensi berkaitan mengenai status permohonan tersebut, termasuk jumlah yang telah diluluskan dan masih dalam pertimbangan.
“Tellian ingin mengetahui jumlah permohonan yang telah diluluskan, yang masih dalam proses pertimbangan serta perancangan dan jangka masa pelaksanaannya.,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027), 2026 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Khamis.
Menurutnya, status pelaksanaan Skim Pembekalan Elektrik Luar Bandar (RES) di kawasan DUN Tellian turut memerlukan penjelasan daripada pihak bertanggungjawab.
Beliau berharap agar permohonan berkenaan diberikan keutamaan bagi memastikan penduduk dapat menikmati kemudahan asas yang lebih baik, sekali gus meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup mereka.-EDISI UKAS
Disediakan oleh: Grace John Lee
Foto: Hazrin Sunaini