Triple 7 Juara Keseluruhsan Serian Rafting Challenge Edisi Ke-13
SERIAN: Pasukan Triple 7 muncul juara kategori 25 kilometer (km) Campuran pada Serian Rafting Challenge Edisi Ke-13 Tahun 2026 yang berlangsung di Kampung Tebakang Bidayuh, pada Sabtu.
Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot, menyempurnakan majlis penangguhan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang di Astaka Kampung Tebakang Bidayuh.
Triple 7 mencatat masa 3 jam 22 minit 3 saat untuk muncul juara kategori 25 km Campuran, diikuti UNIMAS Eco Adventure Team di tempat kedua dengan masa 3 jam 29 minit 43 saat, manakala UNIMAS Black Dolphin Team menduduki tempat ketiga dengan catatan 3 jam 32 minit 30 saat.
Bagi kategori 25 km Lelaki Terbuka, N17 Stakan muncul juara dengan catatan masa 3 jam 3 minit 11 saat, diikuti Puncak Mutiara Kampung Sungan di tempat kedua dengan masa 3 jam 8 minit 46 saat dan N.21 Tebedu di tempat ketiga dengan catatan 3 jam 17 minit 58 saat.
Kategori 25 km Wanita pula menyaksikan Lavender Girl muncul juara dengan catatan masa 3 jam 42 minit 52 saat, manakala RELA Serian di tempat kedua dengan masa 4 jam 9 minit 47 saat dan UNIMAS Raftvengers Team di tempat ketiga dengan catatan 4 jam 15 minit 40 saat.
Sementara itu, Pemuda Stakan menjuarai kategori 25 km Agensi Kerajaan dengan masa 3 jam 7 minit 52 saat, diikuti UNIMAS Aqua Knights Team di tempat kedua dengan catatan 3 jam 30 minit 6 saat dan Volsar RELA Sarawak di tempat ketiga dengan masa 3 jam 35 minit 15 saat.
Serian Rafting Challenge yang memasuki edisi ke-13 terus menjadi platform mempromosikan sukan rekreasi air selain mengetengahkan potensi pelancongan dan keunikan kampung-kampung di kawasan Serian kepada masyarakat luar.
Penganjuran acara berkenaan turut menyediakan ruang kepada peserta daripada pelbagai latar belakang untuk mengeratkan hubungan, memupuk semangat berpasukan serta menggalakkan penglibatan dalam aktiviti sukan lasak dan rekreasi air.
Turut hadir, Pengerusi Majlis Daerah Serian Dato Peter Minos, Setiausaha Majlis Daerah Serian Jannice Abraham dan Ahli Majlis Daerah Serian Sup. Freddy Bian Stanislaus Bian. -EDISI UKAS