Bangunan Baharu Kelas PPKI SK Bandar Bintangor Siap Dibina
BINTANGOR: Bangunan baharu kelas Program Pendidikan Khas dan Inklusif (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor bernilai RM600,000 yang dibiayai menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026 telah siap dibina.
Bangunan berkenaan dilengkapi tujuh bilik darjah bagi menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif untuk murid berkeperluan pendidikan khas.
Upacara ringkas penyerahan tapak projek berkenaan diadakan di SK Bandar Bintangor baru-baru ini bagi menandakan penyerahan kemudahan baharu itu.
Kemudahan tersebut diharap dapat menyokong keperluan pembelajaran murid PPKI serta meningkatkan persekitaran pembelajaran di sekolah berkenaan.-EDISI UKAS