Bantuan Peralatan Dapur Ringankan Beban Mangsa Kebakaran di Meradong
MERADONG: Bantuan peralatan dapur disalurkan kepada mangsa kebakaran di Rumah Empani, Sungai Meradong bagi membantu meringankan beban keluarga terjejas dalam memenuhi keperluan harian selepas kejadian itu.
Penyerahan bantuan telah diadakan dalam satu upacara ringkas di Rumah Empani, pada Khamis.
Bantuan berkenaan diharap dapat membantu mangsa menguruskan keperluan keluarga, khususnya dalam penyediaan makanan sementara mereka meneruskan kehidupan selepas ditimpa musibah.
Sementara itu, Program Bantuan Ihsan Rumah Terbakar Kerajaan Sarawak dan permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI) bagi mangsa kebakaran diuruskan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Meradong dengan kerjasama Pejabat Daerah Meradong.
Bantuan itu bertujuan untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa yang terjejas, termasuk keperluan asas serta bantuan kewangan bagi membantu proses pemulihan dan kerja baik pulih kediaman yang terjejas akibat kebakaran, tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.-EDISI UKAS