Jamuan Akhir Tahun SMK Bakun Eratkan Silaturahim Warga Sekolah
BINTULU: Majlis Jamuan Akhir Tahun 2026 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakun menjadi platform menghargai sumbangan warga pendidik dan kakitangan sekolah, selain mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga sekolah.
Majlis anjuran Kelab Staf dan Kebajikan SMK Bakun itu menghimpunkan kira-kira 100 warga sekolah di Dinner World, Bintulu pada Sabtu.
Penganjuran majlis berkenaan turut memberi ruang kepada warga sekolah untuk mengeratkan hubungan, memupuk semangat kekeluargaan serta memperkukuh kerjasama dalam suasana santai di luar persekitaran kerja.
Selain sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi warga sekolah sepanjang tahun, aktiviti seumpama itu juga penting dalam menjaga kebajikan serta membentuk persekitaran kerja yang harmoni dan saling menyokong.-EDISI UKAS