Program Aram Berandau Himpunkan Belia dan Wanita di Apau Koyan
APAU KOYAN: Program Aram Berandau Bersama Pemuda PRS Pusat menjadi ruang pertemuan golongan belia dan wanita untuk berkongsi pengalaman serta membincangkan keperluan komuniti setempat.
Program yang berlangsung di Dewan Lamin Adet Bangen Kimet, Uma Baha, Apau Koyan pada 31 Oktober itu disertai kira-kira 30 peserta.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk isu dan cabaran yang dihadapi golongan belia dan wanita, khususnya di peringkat komuniti.
Sesi berkenaan turut disertai wakil belia dari Belaga dan Murum serta Wanita Murum, sekali gus memberi peluang kepada peserta bertukar pandangan berdasarkan pengalaman masing-masing.
Penganjuran program itu diharap dapat menggalakkan penglibatan golongan belia dan wanita dalam aktiviti kemasyarakatan serta usaha pembangunan komuniti setempat.-EDISI UKAS