TYT Sarawak Kurnia Darjah Kebesaran Negeri Kepada 157 Penerima
KUCHING: Seramai 157 individu menerima Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Sarawak sebagai pengiktirafan terhadap jasa, sumbangan serta khidmat bakti mereka kepada negeri ini.
Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Besar Astana Sarawak di sini pada Khamis.
Hadir mengiringi beliau ialah Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.
Mendahului senarai penerima ialah Datuk Syed Hamzah Syed Paie yang dikurniakan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.).
Turut menerima pengiktirafan ialah Allahyarham Dato Abang Bohari Abang Mohd Zain yang dikurniakan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.) secara anumerta, dengan pengurniaan diterima wakilnya, Abang Jeffery Abang Bohari.
Sementara itu, Sharifah Nong-Jasima Syed Junaidi dikurniakan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.).
Istiadat berkenaan turut menyaksikan 15 individu menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.) iaitu Mohtar Samat, Etam Linggi, Hasbi Ancheh, Jim Apoi, Jarit Jarmit, Mohammad Brahim, Matthew Laing Ngau, Perit Egah, Wan Fadillah Wan Ahmad, Profesor Dr Fitri Suraya Mohamad Hapni Joblie, Ts. Dr. Nurleyna Yunus, Ammy Suria Mohammad, Jenny Lee Siak Nee, Majenah Lass dan Tang Hung Huong,, manakala 21 individu dikurniakan Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.) iaitu Kapten Maritim Simon Templer Lo Tusa, Supt. Suffian Abdullah, Penolong Komisioner Penjara Tajudin Tunggal, DSP Rowney Michael Jalak, DSP Mathew Manggie, Kanidi Neng, Abdul Rahman Mohamad Fauzi, Augustine Atung, Chen Chwen Shin, Edmund Siaw Chia Poh, Jan Mohammed Zain bin Brahim, Mohd Zainuri Zainal Abidin, Mohamad Fadzlishah Shahbudin, Ma Chee Leong, Shahrizal Azhar, Dr Dayangku Horiah Awang Gani, Azrianie Assahari, Baniazora Bakar, Norfitri Amin, Radiah Muhamed@Muhamad dan Rohani Sejeli.
Selain itu, seramai 14 individu menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.),iaitu Chew Chin Yong@Chew Ching Siong, Jong Lit Shian, Lim Guan Tiaw, Lim Lian Kee, Lim Goi Tong, Maling Jangalang, Ngu Ngie Kiong, Oyo Imang, Tan Kok Chai, Lee Siaw Hui, Tan Chai Hoon, Tchong Lian Fah, Sim Kheng Ling dan Yoon Siak Fah, sementara 20 lagi dikurniakan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K.), iaitu Abang Nasruldy Asra Abang Tasbi, Anchin@Ancheh Litak, Arando Arthur, Benjamin Jacobus Pieter, Denis Ahkow, Fury Howard Augustine Langgau, Kho Thong Nyap, Kalas Inchap, Lawrence Lubon Kundi, Meluda Mana, Mohamad Yunus Sahari, Nyawin Sirai, Sebastian Sokol Senyau, Thomas Sim Eng Shan, Flora Kam, Lihin Rasek@Lihim Rasay, Marthadaria Michael Regid, Nohana@Rohana Julai, Phyllis Muda dan Sediah Ganya.
Pengurniaan turut melibatkan 41 penerima Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T.), iaitu Amirudin Morshidi, Abang Senawi Abang Mansor, Billy Shilton Sugai, Chong Chung Hieng, Insol Bindu, Juing Ullie, Kumpang Brandah, Laing Uyo, Malek Spawi, Oliver Maxwell, Peter Ajek, Saufian Sahrom, Suhaimi Ismail, Yusuf Hossen, Zainal Abidin Bolhassan, Amelia Jub, Asiah Asmara, Dayangku Misra Awangku Haron, Dayang Sinarwaty Hidayat Abang Abu Bakar, Elizabeth Juri, Farida Baki, Genevieve Latha Duya Berangking, Jamayah Sahari, Juhan Idi, Jovita Telok, Mazlinawazi John Wayne, Norul-Aini Hamden, Nur Izawati Jaraie, Nur Izlyn Alwani Tamin, Nur Azira Abdullah, Puala Candida Joseph Jantan, Salina Bohan, Siti Rafeah Garip, Siti Safura Hanipah, Sophia Tambi, Susilawati Hamdan, Sahilla Sokimi, Surina Abdullah, Sarimah Entalai@Sarimah Anggau, Temai Sa dan Zaleha Ahmad dan 43 penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.) iaitu Azuaan Jemat, Anlody Rutel, Bujos Kian, Chong Wee Lin, Felix Ngui, Ismail Sait, Ismat Laei, Johny Robert, Johnson Ginyis, Jordan Reuben Liew, Luke Jely@Luke Jerry Paim, Lee Chun, Luqman Dris, Michael Romeo Johin, Mohamad Shapiee Ahmad, Nyam Sze Yuang, Nur Hishamudin Hairodden, Norsuhaimi Hassan, Nurhazari Ali, Sam Noji, Sulaiman Mon, Sperah@Oda Ginjon, Salmin Talip, Tan Chen Sin, Terrance Anjiu, Thalhata Abdul Rani, Yazit Junaidi, Za’aba Wahap, Marasan Mud, Ts. Monica Wessy Gohin, Ahla Asa ul, Christina Chilin Kemi, Jamilah Mohamad, Nuak@Risah Asiu, Rosetina Richard Bara, Reggy Petrus Naes, Rosita Gawing, Rejuna Johari, Selimah Kerangan, Salina Othman, Siti Salmiah Morden, Ya’nama Jawawi dan Zaima Jali.-EDISI UKAS