Premier Sarawak Terima Anugerah Kepimpinan Wawasan Kelestarian Sosial
KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dianugerahkan Grand Award for Visionary Leadership in Social Sustainability.
Pengiktirafan itu diberikan berdasarkan kepimpinan dan komitmen beliau dalam memacu agenda kelestarian sosial di Sarawak.
Anugerah itu telah disampaikan pada Persidangan dan Pameran Penilaian Impak Sosial (SIAC) 2026 yang berlangsung di sini pada Selasa
Penilaian tersebut turut merangkumi usaha Premier dalam menerajui transformasi sosioekonomi negeri menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dengan memberi penekanan kepada pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat.
Ia turut mengambil kira usaha kerajaan Sarawak dalam memastikan pembangunan negeri dilaksanakan secara mampan dengan memberi penekanan kepada kesejahteraan komuniti, keterangkuman sosial, pemeliharaan alam sekitar serta pembangunan bandar yang bertanggungjawab.-EDISI UKAS
Disediakan oleh: Grace John Lee
Foto: Ameerul Syafiq Khir