MARUDI: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N76 Marudi menyaksikan pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 (PRN13) di antara Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).
Dua calon berkenaan ialah Datuk Dr Penguang Manggil mewakili GPS dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Jesica Sim disahkan layak bertanding selepas selesai proses penamaan calon di Pejabat Daerah Marudi, hari ini.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Rose Edward Tarang, mengesahkan kedua-dua calon layak bertanding selepas proses semakan dokumen pencalonan selesai mengikut prosedur yang ditetapkan.
Pertandingan dua penjuru itu menyaksikan GPS dan PBDS akan berentap bagi mendapatkan mandat pengundi di kawasan DUN Marudi pada PRN13.
Proses penamaan calon berlangsung dalam keadaan teratur dan terkawal dengan kawalan keselamatan diperketatkan di sekitar pusat penamaan calon.
Kira-kira 1,500 orang hadir menyaksikan proses penamaan calon yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 11 pagi.-EDISI UKAS