![]() |
AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
| Close | ||
SERIAN: Pusat pengumpulan buah dicadangkan dibina di kawasan Tebedu untuk memudahkan pemasaran buah tempatan ke seluruh negeri.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom memberitahu, pusat pengumpulan buah ini akan berfungsi menjadi tempat mengumpul buah durian termasuk buahan lain sebelum dipasarkan dalam Sarawak atau ke luar Sarawak.
Tambahnya, kementeriannya turut akan membantu sekiranya pekebun di kawasan ini boleh mewujudkan satu kluster penanam durian.
Beliau berkata demikian semasa melakukan lawatan ke sebuah dusun durian di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, Dato Sri Dr Stephen Rundi menyeru agar para pekebun bijak mencari pasaran untuk buah-buahan dan tanaman lain yang diusahakan untuk memastikan pendapatan yang stabil.
“Kebiasaannya bantuan daripada Jabatan Pertanian Sarawak hanya bersifat sementara dan bukannya sepanjang masa dan oleh sebab itu, setelah kebun menghasilkan buah pekebun harus pandai mencari pasaran.
“Tanpa sistem pemasaran yang sistematik pekebun akan menghadapi kesulitan untuk memasarkan hasil kebun mereka,” ujarnya lagi.
Beliau juga menggalakkan pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian Sarawak agar memberi nasihat kepada para pekebun untuk memastikan buah durian mampu dipasarkan.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Datuk Martin Ben, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dr Simon Sinang Bada, ADUN Bukit Semuja John Ilus, Setiausaha Tetap M-FICORD Datu Sirai Daha dan Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dominic Chunggat. -EDISI UKAS